I made this widget at MyFlashFetish.com.

follow mellow ye :)

Wednesday, December 21, 2011

carilah KEBAHAGIAAN :) :)

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang, satu
hari untuk menyintai seseorang, tetapi ia akan mengambil masa sepanjang hayat
untuk melupakan seseorang...




nak lupakan seseorang x semudah bace A,B,C atau mengira 1,2,3 kn2...???? betol x.. sebab bila kite melupakan brmaksud kita bersedia untuk dilupakan..(pandangan aqlah)
Apabila kita menyintai seseorang, jangan sesekali mengharapkan si dia juga akan menyintai kita sebagaimana kita menyintainya sepenuh hati, nantikan saja cinta itu untuk mekar di dalam hati dia, tapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikanlah cinta itu terus mekar di hati kita.


Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita
dengan insan yang betul, supaya apabila kita menemui insan yang betul itu kita akan tahu
bagaimana untuk berSYUKUR dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut,,,,


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, Allah akan membukakan pintu lain, tetapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama (sampai bertahun-
tahun kot) sehingga kita tidak nampak pintu lain yang Allah telah bukakan untuk kita.


Kita selalunya tidak menghargai apa yang kita miliki sehinggalah kita kehilangannya, dan kita
selalu tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia" datang.

Kawan yang paling baik adalah seseorang yang boleh duduk di dalam buaian bersama-sama kita
dan berbuai tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, mereka yang telah mencari, dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh kehidupan mereka.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan masa lalu yang telah dilupakan.
kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggalah kita melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam kita.

Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum dan membuatkan hati kita juga turut
sama tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari
yang suram...

senyum, tak perlu kata apa-apa... :) :)

(macam nieeee ^_^ )








Ketika kita dilahirkan, kita yang menangis dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum bahagia. Jadi,
teruskanlah kehidupan kita dengan baik semasa hidup supaya apabila kita mati nanti, kita pula yang
tersenyum ketika orang-orang di sekeliling kita menangisi pemergian kita. AMIN~

2 comments:

  1. adik awak tu fans arsenal eh? terbaik..kita geng la dik! haha

    ReplyDelete
  2. best .. :) :) hehe.. sile ke blog sy pule..

    ReplyDelete