I made this widget at MyFlashFetish.com.

follow mellow ye :)

Friday, March 15, 2013

sunshine


baru-baru ni ada seorang kawan baik aku  mengadu. tentang perasaan dia yang takut. rendah diri. padahal dia seorang yang cukup hebat pada aku. dia seorang yang sangat baik. sungguh . tak tipu. dulu masa aku sedih, down, sangat2 down. dia yg bagi aku kata2 semangat. sampai sekarang aku ingat lagi ayat-ayat dia. rindu kat dia :'( tadi die cakap. ''mai, baru kita faham perasaan awak masa awak jadik _________ kat __ " yeah. situasi dia lalui sekarang sama mcm apa yang aku rasa kat __ dulu. *pihak penaja terpaksa rahsiakan
hal-hal tertentu. haha.


sekarang nie dia rasa sangat down. taklah down. cuma dia rasa takut . apa yang aku nampak dia takut nak menghadapi masa depan dia . aku baru teringat , dulu-dulu dia penah bilang sama aku

       manusia sentiasa merasa rugi apabila :
       1. memandang masa lalu sebagai suatu kesilapan 
       2. memandang masa hadapan dengan rasa takut


bukan dia jek. aku pon. mungkin ramai lagi manusia-manusia kat luar sana yang bila cakap pasal masa depan. kita jadi ragu-ragu. boleh ke aku buat ? boleh ke aku dapat ? sebabnya manusia memang takkan pernah tahu apa yang akan jadik akan datang. sedangkan lima minit lepas nie apa jadik pon kita tak tau kann. mungkin kau tengok budak tu tengah gelak - gelak dengan gembiranya bersama rakan - rakan di tepi pantai. tup tup tetiba budak tu ditarik nyawa. ALLAH .


       sebab tuh lah kita nie kalau buat apa -apa kena bergantung dengan allah . kalau nak buat sesuatu tu kena pikir betul ke dok yang aku buat nie. kalau rasa - rasa benda tu tak elok. just leave it. tak kesahlah kau seronok ke tak. allah lebih tahu apa yang terbaik. kalau kita bergantung kuat dengan allah . kita akan rasa apa yang kita dapat itu yang terbaik even benda tu kurengg baikk. paham dokk . maksudnya kau tak suka mamat tu, tetiba mak hang suruh kahwin dengan dia.  haa. amekk kau.


benda yang tak baik pada pandangan kita, tak semestinya tak baik. allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahuu .hikmahnya memang tak nampak sekarang, tapi hikmahnya akan datang jugak. tapi bila? manusia tak tahu. tapi allah tahu . kena sangka baik dengan perancangan allah.


      bila allah kata ya , takde sape boleh kata tak. macam tu jugak sebaliknya . bila rasa tak yakin dengan diri, kena selalu doa . yang bagi kekuatan allah. ada orang tak kuat , tapi dia berpura - pura kuat . tu yang menjadikan orang tengok dia kuat. kekuatan tu datang dari allah. jadi, kena selalu minta dengan allah . motivasikan diri sendiri . motivasikan kawan - kawan walaupun dorang bukan nak dengar sangat . xD



BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan awak dalam BIDANG itu.. 
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan awak KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan awak mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu awak akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu awak bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan awak dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu awak tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..




okeylah , untuk awak yang disayangi. i love you more than you love me. :D jangan sedih - sedih . awak orang yang hebat .awak sentiasa bersinar di mata insan sekeliling. jangan berhenti bersinar walau apa cara sekalipun. awaklah matahari . dan matahari takkan pernah berhenti bersinar selagi belum datangnya kiamat :)


AWAKLAH MATAHARI . WALAU SIAPAPUN AWAK. SELAGI AWAK BERGELAR HAMBA ALLAH. *awak yang tengah baca


1 comment: