Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya
Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip
mata."
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma
'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan
yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa
itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada
Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. kdg2 kita suka benda tu, tapi allah kata itu bukan utk kita.n kdg2 kita tak suka benda tu, tapi itulah yang terbaik allah bagi. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah
menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal
kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit.
Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila
terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.
Apabila berlaku sesuatu
yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa
berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk
'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan
seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk
memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering
menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang
berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit
menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja.
Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna
jingga." Tidak! Kita tidak akan
berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan
menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam
seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan
takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir
itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis
dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan
segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk
mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh
Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan
segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun
bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya,
katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang
baik."
Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya
berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum
tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan
dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita
gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa
berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke
belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke
hadapan.
Inilah hakikat hidup
yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia
akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya.
Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila
Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya
sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih
itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita
gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan
mengecewakan kita.
berlapang dada dengan takdir allah.apa yg allah bagi itu yang terbaik walau kita tak suka. ada 1001 hikmah. redhakan diri, ikhlaskan hati.jangan cepat melatah.jangan putus asa. kita kena ingat, apa pun yang jadik kita ada ALLAH. if allah is all you have, you have all you need. doa byk2 agar allah beri kita kekuatan untuk teruskan kehidupan.letakkan pengharapan kita pada allah. doa tu senjata.percaya pada kuasa doa. salam sayang.