I made this widget at MyFlashFetish.com.

follow mellow ye :)

Sunday, July 22, 2012

indahnye sabar :)


salam semua.. :)

hari nie saya nak cerita pasal sabar. setiap orang ada sabar masiing2 kan. orang kata, walau apa pun yg jadik dalam hidup kita,kena sabar dan sabar dan sabar.  bukan senang kan nk buat perkara yg kita x suke. bukan senang nak terima sesuatu yg x best pada pandangan mata kita (but pandangan mata org lain bes kodd).. tapi kite kena sabar,redha apa yang allah dah takdirkan. tapi tau x, susahnye sabar tu ? susah sgt. ingat senang ke weh. kdg2 rasa nak marah, memberontak, nak nages laju2 sebab x tahan. tapi sampai bila nk macam tu? allah x sentiasa bagi apa yg kita nak, tp DIA bg apa yg kita perlu. kita kena redha dan terima dengan hati yg terbuka. ada org bg saya artikel nie. oke, yok bace bg korang yg tgh sedih,lagi2 kalau yg frust menonggeng tue ^_^ . ingat, allah bersama hambanya yg sabar. 

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya 
sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni 
mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga 
dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
(bila allah bagi ujian, jgn cepat melenting. jgn nak baling pinggan mangkuk kat dinding. ikhlaskan hati. allah bagi ujian sebab sayang)

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat 
itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti 
permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
(susah kn nak buat baik? tapi kalau maksiat rasa mcm best jek kan. tapi semua tu syaiton. kita kena kuadd lawan nafsu.mujahadah. kita yg kawal nafsu bkn nafsu kawal kita)

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan 
mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti 
permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi 
segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."
(kalau rasa2 nak wat maksiat tu, cepat2 ingat API NERAKA. wow! panas tu beb.! *_* )





Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Kita nie sebagai umat akhir zaman memang  tak dapat lari dari buat silap dan khilaf, jadi 
bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan 
kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah.

Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah,
Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.

Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Insya-Allah. aamiiin =)

Saturday, June 9, 2012

tukar persepsi sayang =)





Tukar persepsi. Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan.
Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?

Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.













Wednesday, May 30, 2012

Berdamailah dengan takdir ^_^



Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."


Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. kdg2 kita suka benda tu, tapi allah kata itu bukan utk kita.n kdg2 kita tak suka benda tu, tapi itulah yang terbaik allah bagi. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.


Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?


Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.


Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.


berlapang dada dengan takdir allah.apa yg allah bagi itu yang terbaik walau kita tak suka. ada 1001 hikmah. redhakan diri, ikhlaskan hati.jangan cepat melatah.jangan putus asa. kita kena ingat, apa pun yang jadik kita ada ALLAH. if allah is all you have, you have all you need. doa byk2 agar allah beri kita kekuatan untuk teruskan kehidupan.letakkan pengharapan kita pada allah. doa tu senjata.percaya pada kuasa doa. salam sayang.





#  copy from : pahrol mohamad juoi